Tuesday, 13 November 2012

Petua Sihat: KELAPA

Hallo readers yang ku sayang semua. Aww^^. Tadi duk belek-belek majalah URtv, aku terbaca artikel petua sihat. Aku nak share sikit pasal KELAPA. Banyak khasiat kelapa ni rupanya kan. Yang tak tahu meh baca sini yer:




KHASIAT SANTAN

Santan kelapa bukan sahaja penting untuk memasak lauk-pauk tetapi boleh membantu dari segi kecantikan. Ia dianggap salah satu daripada bahan tradisional untuk kelihatan muda. Kalaw nak mendapatkan kening yang menawan dan rambut lebat, sapulah santan beberapa kali dalam pada kening. Untuk rambut yang lebat, lumurkan santan ke seluruh kepalas, kemudian balutkannya dengan tuala semalaman.
Hampas kelapa sama ada sebelum atau selepas diperah santannya, dikatakan dapat melembutkan kulit kalau dilulurkan pada badan. Lakukan dua kali dalam masa sebulan sebelum mandi.Lain-lain khasiat hampas kelapa:
- Menyingkirkan sel kulit mati.
- Merangsang keanjalan kulit dan melembabkan kulit
- Kulit bertambah halus, gebu dan cerah.
-Boleh memutihkan pelipat paha, lutut, siku dan celah ketiak.
- Mengurangkan tekanan dan keletihan.
- Mengurangkan bau badan dan mengawal masalah peluh berbau.




RAHSIA AIR KELAPA

Selain boleh mengembalikan kesegaran badan, air kelapa juga mempunyai khasiat untuk menghilangkan jerawat dan mencegah uban dan kecantikan wajah.

Untuk merawat jerawat biarkan semalaman segelas air kelapa yang dicampur sedikit kunyit dan serbuk kayu cendana. kemudian simpan dalam peti sejuk selamat tiga hari. Titiskan campuran tadi pada jerawat dua kali sehari,

Bagi melambatkan uban, campurkan sesudu garam dalam segelas air kelapa. Lumur seketika pada rambut sebelum mencucinya ketika mandi.

Kulit Muka Bercahaya
Amalkan menyapu air kelapa yang telah disimpan semalaman ke muka beberapa kali. Kemudian, pastikan muka anda yang dibasuh dengan air kelapa dibiarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air bersih.

Elak Kedut Di Wajah
Cubalah amalkan membasuh muka dengan air kelapas. Pastinya anda akan teruja dengan hasilnya,

Mencantikkan Telapak Kaki
Rendamkan segenggam beras ke dalam air kelapa selama 6 hingga 7 jam. Kemudian, tumbuk atau gilingkan beras rendaman itu sehingga halus dan letaklah di telapak kaki. Lakukan selama 3 hingga 4 hari dalam seminggu.

4 comments:

  1. memang minat air kelapa...yummmmy

    ReplyDelete
  2. kita mmg guna santan kat rambut :)

    ReplyDelete
  3. sangat berguna pokok kelapa dr daun sampai ke batang...lama xminum air kelapa...hehee

    ReplyDelete