Sunday, 16 June 2013

Hari Terbaik Untuk Potong Kuku


Assalamualaikum semua. Rasa dah lama tak update blog. Dah masuk sem baru ni banyak sikit kerja. Tambah lagi line wifi yang agak lambat, susah la nak buat entry tu semua. Semalam ada terbaca satu buku tapi tak ingat tajuk buku tu. Sempat ambil gambar untuk di share kat blog. Dalam buku tu macam-macam dia tulis pasal aurat perempuan. Tapi tak habis baca la buku tu. Main selak-selak mana yang best je. So, nak share la kat korang semua pasal Hari Terbaik Untuk Potong Kuku. Bagi yang dah tahu tak mengapa. Ni nak share kepada mereka yang belum tahu je. Selalunya saya potong kuku pada hari Jumaat je sebab mak cakap Hari Jumaat bagus potong kuku. Okay, jom baca hari-hari yang terbaik untuk korang potong kuku dan mengapa?

SABTU: Nescaya keluar dari tubuhnya ubat dan masuk penyakit

AHAD: Nescaya keluar kekayaan dan masuk kemiskinan

ISNIN: Nescaya keluar gila dan penyakit dan masuk sihat.

SELASA: Nescaya keluar sihat dan masuk penyakit.

RABU: Nescaya keluar was-was dan masuk penyakit.

KHAMIS: Nescaya keluar penyakit dan masuk penawar.

JUMAAT: Nescaya keluar dosa dan masuk pahala dan rahmat.



So, berdasarkan keterangan di atas hari yang baik untuk memotong kuku ialah hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Hari yang paling afdhal ialah hari Jumaat.Sementara hari-hari yang kurang baik ialah hari Selasa, Rabu, Sabtu dan Ahad.

Friday, 14 June 2013

Segmen Menang Topup By Fizgraphic


Photobucket

Nak join click banner. Topup berjumlah RM100 untuk dimenangi. Syarat mudah sahaja.

‘ Simple Giveaway by Suelynnda & TeratakVitamin’


Photobucket

Nak join? Click banner di atas ni okay.